Friday, 20 January 2012

Sejarah Penubuhan KRT Zon 3A


LATAR BELAKANG
Cetusan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Taman ini bermula dari satu majlis perkahwinan anak salah seorang penduduk yang kurang tersusun. Berdasarkan perbincangan spontan beberapa warga perihatin taman ini telah dikenalpasti antara puncanya ialah tiadanya sokongan serta koordinasi penduduk khususnya jiran tetangga yang berdekatan terutamanya dari segi bantuan tenaga. Akhirnya satu rumusan telah dibuat bahawa perlunya ditubuhkan satu Kawasan Rukun Tetangga atau lebih dikenali KRT di taman ini untuk memperkukukan serta memperkasakan semangat perpaduan, kerjasama, tolong-menolong, tanggungjawab bersamamenyelaraskan aktiviti penduduk seperti majlis-majlis perkahwinan, kematian, gotong royong, keagamaan, sosial dan sebagainya.

Ekoran dari itu satu Jawatankuasa Sementara telah dibentuk untuk merangka langkah-langkah yang perlu bagi penubuhan KRT yang di pengerusikan oleh Saudara Nor Adzman bin Hj. Alias. Mesyuarat penubuhan KRT serta pembentukan Jawatankuasa Penaja telah diadakan pada 18 Mac 2007 dan Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, Encik Nasaruddin bin Hj. Naser telah memberi penerangan dari sudut perpaduan kaum khusunya mengenai faedah-feadah penubuhan KRT  di taman ini.  Saudara Mejar (B) Zaidan bin Zainudin telah dilantik menjadi Pengerusi Penaja bersama 10 orang Ahli Jawatankuasa untuk menguruskan pendaftarannya dengan Jabatan Perpaduan. Persempadanan kawasan  KRT taman ini adalah meliputi Jalan TTJS 3, 3/1, 3/1A, 3/1B, 3/1C, 3/2, sebahagian Jalan 3/8 dan 3/9. KRT ini telah telah dinamakan Kawasan Rukun Tetangga Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 Zon (A). Tujuan Zon (A) diletakkan dihujung Fasa 3 ialah supaya kelompok perumahan lain  di kawasan Fasa 3 ini seperti Jalan 3/4, 3/5, 3/6 jika berhasrat untuk menubuhkan KRT boleh menggunakan Zon (B).

Akhirnya KRT taman ini telah diluluskan secara rasmi pendaftarannya pada 19 September 2007 dan Mejar (B) Zaidan bin Zainudin telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi mengetuai 24 orang Ahli Jawatankuasa. Majlis perasmian KRT taman ini telah berlangsung pada 3 November 2007 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Dato’ Mohamad Rais bin Zainuddin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (EXCO) Tenaga Air dan Telekomunikasi Kerajaan Negeri Sembilan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1428(H).

Dengan pengiktirafan KRT taman ini oleh pihak Kerajaan, KRT taman ini terus melangkah dengan cemerlang dalam menyelaraskan sistem kemasyarakatan taman ini meliputi majlis-majlis perkahwinan, kesihatan, keagamaan, kebersihan (gotong royong), kematian, keselamatan disamping membantu usaha Kerajaan dalam memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan komuniti.

Bagi mempastikan segala program dan aktiviti dapat berjalan lancer, KRT taman ini sebuah rumah di No. 12, Jalan 3/2 untuk dijadikan Pusat Aktiviti dan antara aktiviti tetap yang dijalankan secara harian ialah Kelas Mengaji Al Quran Kanak-Kanak dan Dewasa, Kelas Tusyen disamping aktiviti secara berkala serta sebagai pusat pentadbiran.

Pada 7 Mac 2009 telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diketuai oleh Mejar (B) Mukhtar bin Ali dan pelancarannya telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Firdaus Muhamad Rom bin Harun, Setiausaha Politik kepada Y. A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan. Bermula dari tarikh tersebut, penduduk taman ini telah menjalankan rondaan di waktu malam secara sukarela bagi menjamin keselamatan penduduk serta bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan Polis DiRaja Malaysia.

Mulai 23 Disember 2008 KRT taman ini telah dipengerusikan oleh Saudara Nor Adzman bin Haji Alias hinggalah sekarang.

1 comment:

  1. Tahniah dan canggih
    Semoga perpaduan akan terus mekar antara kita semua

    Puan Tina

    ReplyDelete