Friday, 20 January 2012

Dari Meja Pengerusi KRT Zon 3A



Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang menjadi ledakan dan keperluan masa kini. Berdasarkan perkembangan yang berlaku ini maka mahu tidak mahu samada secara individu ataupun berorganisasi seperti KRT, kita perlu bergerak mentransformasikan diri kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini bagi mengelakkan kita ketinggalan dalam arusnya.


Lantaran itu, langkah KRT kita melancarkan blognya sendiri sangat bertepatan dengan keperluan masa dan kehendak zaman dalam menjadi wadah penghubung, penyampaian maklumat secara tepat, cepat serta menjimatkan kos khususnya penyaluran maklumat program dan aktiviti yang diadakan. Disamping itu, dengan adanya blog ini juga warga KRT dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di semua peringkat serta duania mendapat maklumat secara langsung mengenai perkembangan KRT kita.

Saya berharap semua pihak dalam komuniti KRT ini khususnya dapat menmanfaatkan blog ini termasuklah berkongsi maklumat untuk kepentingan bersama.

Rakaman ucapan terima kasih turut diberikan kepada ‘web master’ kita Cikgu Abdullah Harun yang telah menyahut cabaran dan berusaha gigih untuk merealisasikan hasrat kita membangunkan blog ini.

Dikesempatan ini juga saya amat mengalu-alukan segala cadangan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi blog ini supaya is sentiasa menarik dan segar untuk dilayari.

Selamat berkomunikasi di alam cyber.


Nor Adzman Hj. Alias

No comments:

Post a Comment