Wednesday, 18 September 2013

JAMUAN UNTUK PASUKAN COMBI KRT ZON A







Tahniah kepada pasukan COMBI kerana telah berjaya menjadi Johanvdalam pertandingan Poster di Peringkat Kebangsaan. Hadiah yang diperoleh telah digunakan  bagi meraikan semua Jawatankuasa COMBI KRT Zon A. Jamuan diadakan di Oriental City Park, Serembanv3.

Sunday, 15 September 2013

MESYUARAT AGUNG KRT ZON 3A

13  September, KRT Zon 3A telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke -7. Tahniah kepada En Noradzman Alias kerana masih terpilih sebagai pengerusi. Setiausaha telah bertukar kepada En Mazlan. Sementara itu Bendahari dan Pen Setiausaha masih kekal juga dengan orang lama.






Tuesday, 10 September 2013

JAMUAN HARI RAYA 2013 DI BALAI KRT ZON 3A









MENANGKIS SERANGAN SIBER


DISERANG secara dalam talian menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, we chat atau e-mel boleh menyebabkan kecederaan trauma psikologi yang tidak kurang hebatnya berbanding serangan fizikal.
Sama seperti perang saraf, penyerang biasanya berniat mencapai objektif mereka dengan cara menjatuhkan moral atau memalukan individu tertentu.
Ada yang sanggup mengekori mangsa untuk mendapatkan sekeping gambar, ditokok-tambah supaya ia kelihatan memalukan dan kemudiannya diposkan ke laman-laman media sosial.
Bukan kacang merah biasaCara paling mudah adalah dengan menabur fitnah atau menyebar khabar angin. Lagi besar dan terancang serangan tersebut, lagi besar jugalah kesannya.
Serangan terhadap tokoh-tokoh politik contohnya, boleh menamatkan karier politik seseorang itu untuk selama-lamanya apabila ada pengundi yang terpengaruh dan pengundi ini tidak lagi mengundi tokoh tersebut dalam pilihan raya akan datang.
Serangan terhadap produk perniagaan pula boleh menyebabkan sesebuah syarikat gulung tikar.
Tidak susah, sebagai contoh hanya kirim sahaja ke media sosial bahawa sesuatu produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu mengandungi racun atau diragui status halalnya.
Yang mana kita tahu masyarakat negara ini amat sensitif dengan isu ini. Benar atau tidak, pasti ada pengguna mengambil jalan mudah dengan tidak lagi membeli produk makanan tersebut yang akhirnya akan menyebabkan kerugian besar kepada syarikat berkenaan.
Bagaimana pula dengan serangan yang disasarkan terhadap individu biasa?
Gambar memalukan seorang guru yang di 'superimposed' oleh anak murid sendiri setidak-tidaknya pasti akan menyebabkan guru tersebut bermasam muka dengan isteri untuk tempoh beberapa hari, minggu atau bulan.
Atau serangan ejek-mengejek yang menyebabkan anak anda malu, susah hati dan tidak tidur malam sehingga mengganggu pelajaran.
Atau pesanan lucah yang terus-menerus menghujani e-mel sehingga menyebabkan anda takut mengambil kereta yang disimpan di tingkat bawah tanah bangunan pejabat seorang diri.
Nah, lihat sejauh mana bahaya kesan serangan siber ini walaupun dikatakan serangan tersebut hanyalah sebesar kacang merah!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130825/kn_03/Menangkis-serangan-siber#ixzz2eYLomE5R