Monday, 17 December 2012

Pemeriksaan Kesihatan percuma

18 Disember;  Wakil 4 Life Transfer Factoe datang ke Pusat KRT dan membuat pemeriksaan kesihatan percuma serta memberikan penerangan tentang keperluan kesihatan bagi individu yang membuat pemeriksaan.  Penerangan diberikan oleh seorang pesara doktor selain memberikan cadangan ubat-ubatan yang diperlukan.

 
  
Keterangan lanjut hubungi :
SHAH ZAMAN B SAHARUDIN  0193284220
ASIAH BINTI MUSA   0193991702

Facebook : 4Life Sains & Sinergy
blog : http//transferfactorshah.blogspot.com/

Paluan Kompang KRT Zon 3A bergema lagi

Sessi Latihan


Syabas dan tahniah kepada pasukan kompang KRT Zon 3A kerana berjaya memberikan persembahan yang menarik pada 16 Disember yang lalu. Paluan yang seragam oleh kumpulan anak-anak kecil ini telah berjaya menarik perhatian semua mata yang memandang.  Persembahan ini merupakan persembahan yang ke-8 sejak pasuan ini ditubuhkan pada bulan Mac 2012 yang lalu Walaupun baru setahun jagung, pasukan ini sememangnya hebat apabila semua tangan anak-anak ini bergabung. Tidak lupa juga tahniah an syabas kepada guru yang mengajar anak-anak ini.


Majlis Perkahwinan di rumah Dr Mohd Paid lancar

 
 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dalam suasana yang meriah. Ramai kenalan dan tetamu yang datang.  Jawatan kuasa KRT Zon 3A dan warga setempat turut serta dalam gotong royong manjayakan majlis perkahwinan yang diadakan.

Tuesday, 11 December 2012

Berkhatan di rumah Tn Hj Hashim

Seperti biasa Dr Hj Mohd Paid akan bertanggungjawab menyempurnakan proses berkhatan anak-anak KRT Zon 3A