Wednesday, 30 May 2012

Burung hantu petanda buruk


 
BURUNG ini semakin terancam kerana diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik.
____________________________________________________________________

SEBUT sahaja burung hantu, persepsi awal seseorang pasti akan mengaitkan haiwan itu sebagai sebab utama seseorang dilanda kecelakaan mahupun peristiwa buruk.

Malah, cerita itu bukan sahaja menjadi bahan cerita di negara ini tetapi melangkau ke Greenland. Namun, usah khuatir, di sebalik cerita negatif ada kisah menarik mengenai burung unik ini. Sememangnya, burung hantu sering dianggap sebagai pembawa sial. Itu menyebabkan ramai yang beranggapan haiwan itu merupakan penjelmaan hantu atau haiwan peliharaan hantu.

Bermula di India, sesetengah penduduk kampung di pedalaman India menganggap burung hantu sebagai penolong dan lambang kebijaksanaan. Pendapat itu juga dipercayai oleh orang-orang lama di Britain. Tetapi jika seseorang bermimpi burung hantu, itu merupakan petanda rumah bakal dirompak. Tidak berhenti begitu sahaja, di utara England, jika seseorang yang terlantar sakit terlihat burung hantu bermakna dia akan menemui ajal tidak lama lagi.

Pelik
Menjengah Ireland pula, ada individu yang menggunakan bulu burung hantu untuk diletakkan di bawah bantal bayi agar si kecil mudah tidur. Malah, ada yang percaya burung itu mampu memusingkan kepalanya sebanyak 360 darjah. Cerita yang kebiasaan kita dengar ialah haiwan itu digunakan oleh bomoh untuk aktiviti pengamal khurafat itu.

Di Algeria, meletakkan mata burung hantu jenis Eagle di tangan kiri wanita yang sedang tidur akan menyebabkan wanita tersebut akan bercerita kesemua rahsianya. Masyarakat Perancis pula menganggap jika wanita hamil mendengar suara burung hantu bermakna anak yang dikandung ialah bayi perempuan.
Masyarakat di rantau Arab turut mempunyai mitos mengenai burung hantu. Mereka percaya kanak-kanak nakal akan insaf dengan perlakuan buruk masing-masing jika dihinggapi burung tersebut.
Segelintir masyarakat China, Jerman, Greenland pula percaya haiwan tersebut mampu memberikan kekayaan, membahagiakan keluarga, memberikan sumber inspirasi kepada keluarga yang memeliharanya.

Bagi segelintir individu di negara ini dan Indonesia, burung hantu lebih mengerikan kerana ia akan memakan bayi yang baru lahir. Orang Jepun ada yang menganggap burung hantu jenis Eagle pembawa mesej yang baik dan kemakmuran kepada keluarga.

Lazat
Di sebalik kepercayaan itu, burung hantu sebenarnya semakin terancam kerana menjadi buruan untuk diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Rasid Samsudin memberitahu, haiwan itu mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap dengan harga mencecah RM200 seekor. Katanya, modus operandi yang dijalankan penyeludup ialah menerima pesanan daripada Orang Asli sebelum diseludup ke luar negara melalui laluan laut atau darat.

“Burung hantu menjadi kegemaran penggemar makanan eksotik di Indochina. “Ia dikenal pasti mendapat permintaan tinggi berdasarkan beberapa rampasan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Gotong royong COMBI : Skuad COMBI Jiran Wanita



Link untuk slideshow klik sini :
http://gs28.photobucket.com/groups/c231/SUFKTYRFW9/?albumview=slideshow

Sunday, 27 May 2012

Seronok TETAPI berbahaya

 Berada di posisi yang tinggi memang sangat mengujakan !

Seronok tetapi sangat membahayakan diri dan orang lain. "MALANG TIDAK
BERBAU".  Sebaiknya elakkan sebarang kemalangan. Marilah kita sama-sama
menegur anak-anak yang bermain tanpa memikirkan keselamatan diri. 
Mudah-mudahan tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini

Skuad COMBI SK.TTJ2 turut serta.


Pasukan Skuad COMBI Sk.TTJ 2 di bawah pimpinan En Yazmi Che Yap
turut serta dalam Program Majlis Bersama Rakyat & Kempen Cara Hidup Sihat

Pasukan Kompang TTJ YOUTH

Pasukan yang baru setahun jagung tetapi telah menunjukkan kebolehan yang tinggi.
Paluan kompang menyambut kedatangan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
merupakan persembahan kedua semenjak pasukan ini ditubuhkan. Kini pasukan  kompang
TTJ Youth  telah bersedia untuk menerima mana-mana tempahan majlis keramaian.

Jiran Wanita KRT Zon 3A turut serta dalam bisness.

 




Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kempen Cara Hidup Sihat

Ucapan Aluan Pengerusi KRT Zon 3A


 "...Saya luluskan peruntukan RM100 000.oo untuk pembinaan Balai KRT Zon3A..."

En Yazmi mewakili Guru Besar SK TTJ 2 menerima sijil Skuad COMBI sekolah


Perasmian Trek 10 000 langkah.


Murid Sk. Taman Tuanku Jaafar 2 turut hadir dalam program yang diadakan.

YAB Dato' Seri Utama Hj Muhamad Hassan turut memberikan peruntukan 
sebanyak RM20 000.00 kepada tabung KRT Zon 3A.........  Terima kasih Dato.

Slideshow gambar lebih lanjut, klik sini :

Kempen Cara Hidup Sihat ; Senamrobik

27 Mei (Ahad); Kempen Cara Hidup Sihat anjuran KRT Zon 3A bersama Jabatan Kesihatan Seremban telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan darupada seluruh pendudukan yang berdekatan. Daripada kanak-kanak sehingga yang bergelar 'atuk" turut serta dalam aktiviti senamrobik yang diadakan.









Lagi gambar untuk dilihat, klik sini :

Mesyuarat penyelarasan Program Pemimpin Bersama Rakyat



Jadual disusun dengan padat. Mudah-mudahan tiada sebarang masalah

Sunday, 13 May 2012

Sehari bersama COMBI KRT Zon 3A


12 Mei 2012, Pusat Aktiviti KRT Zon 3A, 8.30am - 12.30pm

Kursus untuk promoter COMBI

Tarikh L 12 Mei 2012
Rempat : Pusat KRT Zon 3A

Dr Hj Mohd Faid b Yusof memberi ceramah berkaitan Eades dan Denggi


En Kamarul memberi penerangan tentang COMBI dan fungsinya

En Aziz memberi penerangan tentang peranan PROMOTER COMBI

Praktikal Promoter COMBI ke rumah-rumah berdekatan

Praktikal promoter COMBI

 Skuad COMBI SK TTJ2  seramai 10 orang turut serta dalam program ini

 Dr Siti Norbaya memberi penernagan tentang penyakit tidak berjangkit

Program dan aktiviri yang dijalankan di Pusat KRT Zon 3A sangant padat.  Sambutan daripada promoter yang ada sangat menggalakkan.  Turut serta dalam program ini ialah penyertaan seramai 10 orang Skuad COMBI dari Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2.

Dalam lawatan dan praktikal ke rumah-rumah juga banyak memberikan pendedahan yang sebenar kepada semua peserta sehingga ada juga beberapa rumah yang dikenalpasti telah menyebabkan berlakunya pe,biakan aedes.

Semua semua warga KRT Zon 3A khasnya mempunyai kesedaran tentang pentingnya menghapuskan pembiakan aedes ini.

Untuk melihat gambar yang lebih banyak sila klik link ini:
http://gs46.photobucket.com/groups/f105/SSAGPHA8MX/?albumview=slideshow

Monday, 7 May 2012

Mitos tentang anak autisme


Ramai beranggapan mereka yang menghidap autisme adalah genius, 
hakikatnya ia adalah kes-kes terpencil.

KETIKA memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-kanak berada di dalam dunianya sendiri.

Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.

Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini menghidap autisme.

Sebenarnya, ada banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain dengan cara yang janggal dan suka menyusun mainannya.

Mereka seolah-olah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain dengan anak-anak lain.

Ada ketikanya, mereka ini sangat hiperaktif dan cenderung bermain dengan benda yang tidak dianggap barang mainan seperti barang-barang di dapur dan sebagainya.

Sebab itulah, ibu bapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa rawatan awal, sindrom ini akan dibawa sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat.

Inilah hakikat yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa apabila kanak-kanak ini membesar. Sehingga kini, punca autisme masih samar-samar.

Bagaimanapun, autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Walaupun belum ada penawar, tetapi pengetahuan ibu bapa mampu memberikan mereka harapan. Mereka patut didedahkan dengan spesifikasi keupayaan tertentu.

Secara umumnya, autisme wujud dalam semua budaya. Di Malaysia, pada tahun 2000 dianggarkan terdapat 47,000 rakyat Malaysia yang menghidap austisme. Di United Kingdom, dianggarkan setengah juta orang mengalami autisme.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak perlu berakhir dengan kekecewaan.

Keupayaan intelektual

Asalkan anak-anak ini ada keupayaan intelektual, mereka boleh menjadi manusia yang berjaya. Keupayaan mereka sangat spesifik, selalunya dalam bidang sains. Sebab itulah, ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal, agar kanak-kanak ini dapat dihantar ke sekolah khas yang boleh mengubah tingkah laku dan keupayaan mereka.

Kalau mereka dibiarkan bersekolah bersama anak-anak normal, ia akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak mampu mengikuti pembelajaran seperti anak-anak lain.

Selalu terjadi, ada ibu bapa yang tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka sebenarnya menghidap autisme. Kesannya, mereka terus menghantar anak-anak ini ke sekolah biasa. Hasilnya, ia hanya merosakkan masa depan mereka.


Autisme tidak ada kena mengena dengan keturunan, budaya atau sebab yang lain.

Dalam mata pelajaran Matematik, kajian menunjukkan keupayaan mereka umumnya pada tahap bawah purata. Bagi mereka yang hanya mempunyai simptom autisme sederhana, mereka berupaya menguasai matematik. Bagaimanapun, mereka sukar dalam banyak subjek lain. Mereka juga sukar dalam hal temu duga.

Bagaimanapun, ada kes-kes terpencil. Kumpulan ini dikenali sebagai mathematic gifted. Ia seperti watak Raymond yang dilakonkan oleh Dustin Hoffman dalam filem Rain Man. Sungguhpun begitu, ia kes yang sangat jarang.

Ia sebenarnya adalah salah tanggapan yang sering berlaku dalam masyarakat. Orang selalu beranggapan bahawa anak-anak autisme ini ialah manusia yang genius. Harus diingat, ia hanya kes terpencil.

Hakikat yang perlu diketahui, majoriti daripada anak-anak ini kalau tidak dirawat lebih awal akan mengalami masalah ketika dewasa.

Sehubungan itu, ibu bapa perlu cenderung untuk memerhatikan anak-anak mereka. Kalau dilihat anak-anak kita seperti dalam dunianya sendiri, gagal berkomunikasi dan mempunyai tingkah laku di luar kelakuan normal kanak-kanak, adalah lebih baik mereka dibawa berjumpa pakar.

Jangan anggap ia hal normal atau cuba menolak hakikat bahawa anak-anak kita sedang dilanda masalah.

Boleh dirawat

Walaupun tidak ada ubat khusus, sebenarnya autisme boleh dirawat dengan pendidikan dan terapi khas. Asalkan kita menyedari hal ini terlebih awal dan ia dilakukan ketika mereka masih di peringkat kanak-anak.

Sebenarnya, tidak ada salahnya mempunyai anak-anak autisme, tetapi yang salahnya ialah apabila kita melihat semua perkara sebagai normal kerana kononnya hanya anak orang lain menghidap autisme dan bukan anak kita.

Jangan anggap kerana tidak ada keturunan yang mengalami autisme atau kerana kita mempunyai pendidikan yang baik, kita tidak mungkin mempunyai anak autisme.

Autisme tidak ada kena mengena dengan keturunan, budaya atau sebab yang lain. Tidak ada siapa yang tahu puncanya. Sekiranya kita diuji dengan anak-anak autisme, maka menjadi tugas kita untuk memastikan masa depan mereka terus terbela.