Thursday, 26 January 2012

Mitos mandi malam

ADAKAH mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan? Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan mandi malam boleh membahayakan kesihatan. Persoalannya adakah ia fakta benar atau hanyalah satu mitos? Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan, mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi, juga boleh menghilangkan stres. Katanya mandi memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun badan selain mengelakkan berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. "Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetis, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit ini," kata beliau. 

Kebaikan mandi Malah, menurut Anies air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin. "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk kerana ia boleh membantu. Katanya, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab sepanjang tahun, oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan sebenarnya. "Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. "Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, mana-mana pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi." kata beliau sambil menegaskan tujuan mandi dan memakai pelembab adalah juga untuk memulihkan kulit kering. 

Pengamal perubatan Hassan Saidin menerangkan, mandi adalah kaedah baik bagi merilekskan otot badan. "Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. "Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi pada waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya. Persoalannya, kenapakah orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik? "Masyarakat dulu menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti dari binatang berbisa dan juga bahaya di sungai. Mungkin sebab itulah orang tua melarang kita dari mandi waktu malam. "Kini kita semakin maju dan punya kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau. - 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm

Wednesday, 25 January 2012

Mesyuarat Jiran Wanita KRT ZON 3A


Antara isu yang dibincangkan ialah penyusunan semula struktur organisasi dan perancangan program serta aktiviti tahunan

Tapak Riadah KRT Zon 3A

Terima kasih Biro Kesihatan KRT 
atas usaha mendapatkan sumbangan yang sangat bermanfaat.\.
 Info tentang kelebihan 10 000 langkah sehari


 Laluan rifleksiologi

Jom melangkah beramai-ramai !


Sebahagian gelanggang dan tapak permaian kanak-kanak


Atas usaha Biro Kesihatan, semua penduduk berdekatan sudah boleh menggunakan tapak riadah ini secara berfaedah.  Laluan untuk 10 000 langkah ini juga boleh digunakan pada waktu malam kerana terdapat 'spot light' yang menerangi kawasan ini pada waktu malam.  Terima kasih juga atas usaha Biro Infrastruktur yang membawa 'spot light' berkenaan untuk mamnfaat semua.

Sunday, 22 January 2012

Selamat bertugas di tempat baru

Selamat berpisah kepada En Najebbollah b Abu Bakar kerana berpindah dan bertugas di Johor Bahru. Seluruh jawatankuasa akan mengingati sumbangan dan merindui beliau seisi keluarga. Terima kasih En Najebbollah dan keluarga.

Terima kasih MAMPAN Catering


MAMPAN Catering turut bersusah payah menyediakan makanan kepada semua yang hadir dalam program Hari Keluarga KRT yang diadakan di Port Dickson

Selamat Ulang Tahun Hjh Zaliha


Semoga panjang umur, murah rezeki dan terus ceria

Friday, 20 January 2012

Sambutan Hari Keluarga AJK KRT meriah..

Tarikh : 14 - 15 Januari 2012
Tempat :  Rumah Peranginan Kerajaan NS, PD 
Penyertaan : 20 keluarga

Acara baling dan sambut belon

Terompah gergasi wanita

Terompah gergasi lelaki

Thunderstorm Samudra

Bowling pantai

Golf pantai

Bola tampar wanita

Alamak! bateri kong... kena tolak beramai-ramai.

Tiup belon kanak-kanak

Hadiah acara terompah gergasi

Aktiviti :
1. Perlawanan bola tampat lelaki dan perempuan
2. Bowling padang peringkat remaja dan dewasa
3. Lari dalam guni
4. Isi air dalam botol menggunakan span
5. Tiup belon sampai pecah
6. Pasukan terompah gergasi
7. Golf pantai
8. Mencari harta karun
9. Pertandingan karaoke


Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang sangat baik.

Mesyuarat J/Kuasa kali ke-1 (2012)


Mesyuarat kali ini menyusun semula struktur organisasi dan mmembincangkan program 2012 selepas post mortem pelaksanaan 2011.
Semoga kata sepakat membawa keberkatan dalam kemasyarakatan.

Dari Meja Pengerusi KRT Zon 3A



Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang menjadi ledakan dan keperluan masa kini. Berdasarkan perkembangan yang berlaku ini maka mahu tidak mahu samada secara individu ataupun berorganisasi seperti KRT, kita perlu bergerak mentransformasikan diri kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini bagi mengelakkan kita ketinggalan dalam arusnya.


Lantaran itu, langkah KRT kita melancarkan blognya sendiri sangat bertepatan dengan keperluan masa dan kehendak zaman dalam menjadi wadah penghubung, penyampaian maklumat secara tepat, cepat serta menjimatkan kos khususnya penyaluran maklumat program dan aktiviti yang diadakan. Disamping itu, dengan adanya blog ini juga warga KRT dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di semua peringkat serta duania mendapat maklumat secara langsung mengenai perkembangan KRT kita.

Saya berharap semua pihak dalam komuniti KRT ini khususnya dapat menmanfaatkan blog ini termasuklah berkongsi maklumat untuk kepentingan bersama.

Rakaman ucapan terima kasih turut diberikan kepada ‘web master’ kita Cikgu Abdullah Harun yang telah menyahut cabaran dan berusaha gigih untuk merealisasikan hasrat kita membangunkan blog ini.

Dikesempatan ini juga saya amat mengalu-alukan segala cadangan dan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi blog ini supaya is sentiasa menarik dan segar untuk dilayari.

Selamat berkomunikasi di alam cyber.


Nor Adzman Hj. Alias

Sejarah Penubuhan KRT Zon 3A


LATAR BELAKANG
Cetusan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Taman ini bermula dari satu majlis perkahwinan anak salah seorang penduduk yang kurang tersusun. Berdasarkan perbincangan spontan beberapa warga perihatin taman ini telah dikenalpasti antara puncanya ialah tiadanya sokongan serta koordinasi penduduk khususnya jiran tetangga yang berdekatan terutamanya dari segi bantuan tenaga. Akhirnya satu rumusan telah dibuat bahawa perlunya ditubuhkan satu Kawasan Rukun Tetangga atau lebih dikenali KRT di taman ini untuk memperkukukan serta memperkasakan semangat perpaduan, kerjasama, tolong-menolong, tanggungjawab bersamamenyelaraskan aktiviti penduduk seperti majlis-majlis perkahwinan, kematian, gotong royong, keagamaan, sosial dan sebagainya.

Ekoran dari itu satu Jawatankuasa Sementara telah dibentuk untuk merangka langkah-langkah yang perlu bagi penubuhan KRT yang di pengerusikan oleh Saudara Nor Adzman bin Hj. Alias. Mesyuarat penubuhan KRT serta pembentukan Jawatankuasa Penaja telah diadakan pada 18 Mac 2007 dan Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, Encik Nasaruddin bin Hj. Naser telah memberi penerangan dari sudut perpaduan kaum khusunya mengenai faedah-feadah penubuhan KRT  di taman ini.  Saudara Mejar (B) Zaidan bin Zainudin telah dilantik menjadi Pengerusi Penaja bersama 10 orang Ahli Jawatankuasa untuk menguruskan pendaftarannya dengan Jabatan Perpaduan. Persempadanan kawasan  KRT taman ini adalah meliputi Jalan TTJS 3, 3/1, 3/1A, 3/1B, 3/1C, 3/2, sebahagian Jalan 3/8 dan 3/9. KRT ini telah telah dinamakan Kawasan Rukun Tetangga Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 Zon (A). Tujuan Zon (A) diletakkan dihujung Fasa 3 ialah supaya kelompok perumahan lain  di kawasan Fasa 3 ini seperti Jalan 3/4, 3/5, 3/6 jika berhasrat untuk menubuhkan KRT boleh menggunakan Zon (B).

Akhirnya KRT taman ini telah diluluskan secara rasmi pendaftarannya pada 19 September 2007 dan Mejar (B) Zaidan bin Zainudin telah diberi mandat untuk menjadi pengerusi mengetuai 24 orang Ahli Jawatankuasa. Majlis perasmian KRT taman ini telah berlangsung pada 3 November 2007 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Dato’ Mohamad Rais bin Zainuddin, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (EXCO) Tenaga Air dan Telekomunikasi Kerajaan Negeri Sembilan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1428(H).

Dengan pengiktirafan KRT taman ini oleh pihak Kerajaan, KRT taman ini terus melangkah dengan cemerlang dalam menyelaraskan sistem kemasyarakatan taman ini meliputi majlis-majlis perkahwinan, kesihatan, keagamaan, kebersihan (gotong royong), kematian, keselamatan disamping membantu usaha Kerajaan dalam memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan komuniti.

Bagi mempastikan segala program dan aktiviti dapat berjalan lancer, KRT taman ini sebuah rumah di No. 12, Jalan 3/2 untuk dijadikan Pusat Aktiviti dan antara aktiviti tetap yang dijalankan secara harian ialah Kelas Mengaji Al Quran Kanak-Kanak dan Dewasa, Kelas Tusyen disamping aktiviti secara berkala serta sebagai pusat pentadbiran.

Pada 7 Mac 2009 telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diketuai oleh Mejar (B) Mukhtar bin Ali dan pelancarannya telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Firdaus Muhamad Rom bin Harun, Setiausaha Politik kepada Y. A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan. Bermula dari tarikh tersebut, penduduk taman ini telah menjalankan rondaan di waktu malam secara sukarela bagi menjamin keselamatan penduduk serta bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan Polis DiRaja Malaysia.

Mulai 23 Disember 2008 KRT taman ini telah dipengerusikan oleh Saudara Nor Adzman bin Haji Alias hinggalah sekarang.

Organisasi Jiran Wanita



 PENGERUSI                                                      NAIB PENGERUSI
 PN NORIDAH ABDUL              PN FARIDAH HANUM HARON    



                                                                                                       


SETIAUSAHA                                                             BENDAHARI
PN NORADIAH HARUN                                                    PN NOR




BIRO KEBAJIKAN                                             BIRO MASAKAN
PN ZAITON SHARIF                                                 PN SAAMAH







Organisasi KRT Zon 3A 2012













Pengerusi
NOR ADZMAN B HJ ALIAS

















Naib Pengurusi
SALIM B RAMLI


















Setiausaha
TN HJ ISHAK B HASSAN
















Penolong Setiausaha
JAMALUDIN B SAID



















Bendahari
AKASHAH B ISMAIL










JAWATANKUASA KERJA :















Biro Kesihatan
HJ MOHAMED PAID B YUSOF
















Biro Jiran Wanita
NORIDAH BT ABDUL



















Biro Infrastruktur
SUHAIMI B ALIAS
















Biro Agama
MOKHTAR B ALI


















Biro Kebajikan
SANIN B ABDUL SAMAD


















Biro Sukan
ABDUL HALIM B TAHARIM


















Biro Lojistik
MAZLAN B MD JAZID



















Biro Warga Emas
HJ OMAR B AHMAD

















Biro Jiran Muda
AMINUDIN B KAMARUDIN





















Biro Keselamatan
OSLAN B ABDULLAH


















Biro Media
ABDULLAH B HARUN






AJK Biro Infrastruktur
KHALID B IBRAHIM
















AJK Biro Agama
AMIRUDDIN B ABDUL HAMID







AJK Biro Sukan
JAMALUDDIN B IBRAHIM

















AJK Biro Jiran Wanita
FARIDAH HANUM BT HARON







AJK Biro Warga Emas
KANASWARANA/L KANAGARATNAM


AJK Biro Keselamatan

RAHMATULLAH B ISMAIL


AJK Biro Lojistik
ZULHAZRIN CHEW B ABDULLAH















AJK Biro Kebajikan
MOHD HISHAM B MOHD SHAH










Pemeriksa Kira-kira:


RAZALI B REJAB
















CHE MAHANI B HUSSEIN