Monday, 17 December 2012

Pemeriksaan Kesihatan percuma

18 Disember;  Wakil 4 Life Transfer Factoe datang ke Pusat KRT dan membuat pemeriksaan kesihatan percuma serta memberikan penerangan tentang keperluan kesihatan bagi individu yang membuat pemeriksaan.  Penerangan diberikan oleh seorang pesara doktor selain memberikan cadangan ubat-ubatan yang diperlukan.

 
  
Keterangan lanjut hubungi :
SHAH ZAMAN B SAHARUDIN  0193284220
ASIAH BINTI MUSA   0193991702

Facebook : 4Life Sains & Sinergy
blog : http//transferfactorshah.blogspot.com/

Paluan Kompang KRT Zon 3A bergema lagi

Sessi Latihan


Syabas dan tahniah kepada pasukan kompang KRT Zon 3A kerana berjaya memberikan persembahan yang menarik pada 16 Disember yang lalu. Paluan yang seragam oleh kumpulan anak-anak kecil ini telah berjaya menarik perhatian semua mata yang memandang.  Persembahan ini merupakan persembahan yang ke-8 sejak pasuan ini ditubuhkan pada bulan Mac 2012 yang lalu Walaupun baru setahun jagung, pasukan ini sememangnya hebat apabila semua tangan anak-anak ini bergabung. Tidak lupa juga tahniah an syabas kepada guru yang mengajar anak-anak ini.


Majlis Perkahwinan di rumah Dr Mohd Paid lancar

 
 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar dalam suasana yang meriah. Ramai kenalan dan tetamu yang datang.  Jawatan kuasa KRT Zon 3A dan warga setempat turut serta dalam gotong royong manjayakan majlis perkahwinan yang diadakan.

Tuesday, 11 December 2012

Berkhatan di rumah Tn Hj Hashim

Seperti biasa Dr Hj Mohd Paid akan bertanggungjawab menyempurnakan proses berkhatan anak-anak KRT Zon 3A

Friday, 23 November 2012

Jawatankuasa KRT bermesyuarat lagi


Alhamdulillah.... kedatangan ke mesyuarat Jawatankuasa KRT sangat menggalakkan.

Saturday, 17 November 2012

Persembahan ke-7 Kompang KRTZon 3A mantap!


Pasukan Kompang KRT Zon 3A kini mempunyai keahlian seramai  24 orang yang terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan yang berumur antara 8 hingga 15 tahun.
Pasukan ini telah bersedia untuk menerima tempahan jika di[erlukan. Pasukan ini diuruskan oleh En Abdullah Harun (Pengerusi Biro Media KRT Zon 3A) dan seorang jurulatih yang sangat berkaliber iaitu En Nizam.


Sesiapa yang berminat untuk menempah perkhidmatan pasukan ini bolehlah menghubungi En Abdullah bin Harun di talian 01129652968 / 0193226402

Bayaran perkhirmatan adalah seperti berikut :
Warga KRT Zon 3A                       = RM200.00 sahaja
Penduduk Tmn Tuanku Jaafar        = RM250.00 sahaja
Luar kawasan Tmn Tuanku Jaafar  = RM300.00 (*dlm lingkungan 25 km )
Sudah dilaksanakan
1.  Majlis Perkahwinan Shafawati dan pasangan (Jun 2012(
2.  Majlis Perkahwinan di TJJS 3/1C (25 Ogos 2012)
3.  Majlis Perkahwinan di TTJS 3/1B ( 1 Septembar 2012 )
4.  Majlis Perkahwinan di TTJS 3/6 ( 6 September 2012 )
5.  Majlis Perkahwinan di Taman Sri Rembau (15 Septemver 2012)
6  Majlis Perkahwinan di Taman Bukti 29 Sept ( Batal disaat akhir ) 
7. Majlis Perkahwinan di TTJS 3/8 ( 10 November 2012 )
8. Majlis Perkahwinan di TTJS 3/6 (17 Nov; Rumah En Abdullah Tahir)








Majlis Kenduri Perkahwinan anak En Abdullah Tahir












Program Kesihatan ; Ceramah Obesiti

13 November, KRT sekali lagi menganjurkan program kesihatan dengan menjemput pakar pemakanan Dr. Siti Norbaya untuk memberikan ceramah berkaitan pemakanan dan obesiti.

Saturday, 27 October 2012

KRT Zon 3A korbankan 3 ekor lembu

27 OKT : Masing-masing kepenatant tetapi berakhir dengan kepuasan. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama








Lebih banyak gambar, klik link dibawah :
http://s1049.photobucket.com/albums/s388/krtzon3a/HARI%20RAYA%20QURBAN%20KRT%20ZON%203A%202012/?albumview=slideshow

Takbir rumah ke rumah

Program Takbir rumah ke rumah diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha bermula jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.